Search This Blog

Friday 28 October 2011


kanser@barah

Rawatan penyakit kanser ini ada tiga cara
1. Pembedahan
2. Ubat kemoterapi
3. Radioterapi

Pembedahan 

Kadang-kala kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya, kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.

Pembedahan bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.
Waktu pemulihan selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih atau reconstructive surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada tulang dagu.

Semua bahagian tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini, para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini, rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya

Kimoterapi

Kemoterapi ialah penggunaan ubat untuk merawat penyakit iaitu rawatan kanser menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik) . Kadangkala rawatan ini disebut ‘kemo’ sahaja. Sungguhpun pembedahan dan radioterapi dapat menyingkirkan, memusnahkan, atau merosakkan sel kanser di kawasan yang khusus, tetapi kemoterapi dapat memusnahkan sel kanser yang telah bermetastasis, atau merebak ke bahagian lain dalam tubuh jauh dari tumor primer (asal).

Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sambil sebaik mungkin tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan sel-sel ini daripada membesar dan membiak.

Ubat kemo biasenya diberikan adalah dalam bentuk cecair dengan dos yg sesuai kemudian akan diberikan pada pesakit dengan pelbagai kaedah.
Terdapat beberape kaedah bg menjalani kimoterapi antaranya adalah seperti

• Melalui mulut atau secara oral –
Singkatannya ialah “PO”. Anda menelan ubat dalam bentuk pil, kapsul, atau
cecair seperti anda mengambil banyak ubat yang lain. Cara ini lebih mudah dan murah kerana ubat boleh diambil di rumah. Jika anda mengambil ubat cara ini, amatlah penting untuk mengambil dos yang tepat seperti yang diberi.

• Intravena, IV –
Ubat kemoterapi disuntik ke dalam urat melalui jarum atau kateter.

• Intratekal, IT –
Ubat disuntik ke dalam salur di tulang belakang. Anda mungkin disuntik terus di tulang
belakang atau ke dalam tempat takungan cecair serebrospinal di bawah kulit kepala. Kaedah ini melibatkan pembedahan untuk meletakkan satu alat yang kecil ke dalam kulit kepala yang akan sampai kepada cecair serebrospinal di dalam salur tulang belakang anda.

• Intraarteri, IA –
Ubat disuntik terus ke dalam arteri untuk merawat satu kawasan sahaja (seperti hati, lengan atau kaki). Kaedah ini menghadkan kesan ubat pada bahagian tubuh yang lain.

• Intrarongga, IC –
Ubat diberi melalui kateter ke dalam rongga abdomen atau rongga dada.

• Intraotot, IM –
Ubat disuntik dengan jarum ke dalam otot.

• Intralesi –
Ubat disuntik dengan jarum terus ke tumor di dalam kulit, di bawah kulit atau di dalam organ dalaman.

• Topikal –
Ubat diletak terus pada kawasan kanser di kulit



Walaubagaimanapun kebiasaannya Dadah-dadah kemoterapi biasanya diberikan secara intravena, iaitu, ia disuntik masuk ke dalam vena. Untuk mengelak daripada menerima suntikan yang berulang-ulang, suatu keteter intravena yang tahan lama selalunya digunakan lebih di kenali kimopod (VAD). Dadah ini boleh dicampurkan kepada titisan cecair yang bersambung pada keteter itu.

Kimoterapi ini juga membunuh sel2 yg lain dalam badan selain sel kanser itu sendiri dan ini juga akan memberikan kesan sampingan semasa kemo ini dijalankan pada pesakit dimana kesan tersebut adalah seperti berikut :

• Loya dan muntah-muntah
• Rambut gugur
• Lesu
• Mudah lebam dan berdarah
• Anemia
• Jangkitan

Kesan pada bahagian2 tubuh pula adalah seperti berikut :

3 Masalah usus
3 Selera makan dan berat badan berubah
3 Sakit mulut, gusi dan tekak
3 Masalah saraf dan otot
3 Kulit kering
3 Radang ginjal dan pundi kencing
3 Seksualiti dan kesan kesuburan terhadap organ biakan

Kesan ini adalah berbeza bg setiap org dan juga tidak semue akan merase kesan sampingan ini.

Radioterapi

Radioterapi adalah satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma atau elektron, untuk mengubati atau mengawal barah.

Terdapat beberapa jenis kaedah radioterapi yg digunakan antaranya ádalah

• Sinaran-X yg tinggi
• Sinaran Gamma
• Implan radioterapi
i
Radioterapi ini juga kebiasaan nya juga digunakan untuk kanser yg jenis solid tumor seperti skin, tongue, larynx, brain, breast, or uterine cervix. Tetapi bole juge di gunakan untuk kanser darah seperti luekimia dan lymphoma.

Pengunaan radioterapi ini juga akan membunuh sel2 yg lain selain dari sel kanser tersebut dimana ini akan memberi sedikit kesan sampingan keatas pesakit itu seperti
• Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
• Kulit yang merah dan gatal
• Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
• Telinga yang tersumbat
• Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
• Mengalami kesusahan menelan makanan
• Sakit perut atau cirit birit
• Pundi kencing yang lemah
• Masalah seksual atau kesuburan
Sesetengah tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang rawatan mereka.

Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah. Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan pesakit.

No comments:

Post a Comment